Qurban FAQ (Malay)
Soalan 1 : Sekiranya saya dah buat qurban tahun lepas, bolehkah saya buat qurban pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang? |
Jawapan : Hukum qurban adalah sunnah muakkadah. Ianya sunnah bagi mereka yang mampu. Maka sekiranya seseorang itu berkemampuan untuk melakukan qurban setiap tahun, maka tiada larangan. Wallahua’lam. |
Soalan 2 : Saya ingin membuat qurban. Mana yang lebih afdhol untuk saya pilih? Unta atau lembu atau kambing atau sebahagian dari binatang-binatang tersebut? |
Jawapan : Adalah lebih afdhol berqurban dengan seekor kambing daripada berkongsi 7 orang dalam seekor unta atau seekor lembu. Begitu juga lebih afdhol berqurban dengan 7 ekor kambing daripada seekor unta atau lembu kerana lebih banyak darah mengalir. Sunnah melakukan qurban dengan haiwan yang gemuk serta sempurna sifatnya. Bahkan seekor haiwan yang gemuk lebih afdhol daripada 2 ekor yang kurus. Dan yang banyak daging adalah lebih afdhol daripada yang banyak lemak, kecuali dagingnya tidak baik. Ringkasnya yang afdhol adalah unta, diikuti oleh lembu, kemudian biri-biri, kambing. Dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta atau lembu. Wallahua’lam. |
Soalan 3 : Saya membuat qurban, tapi adakah wajib bagi saya untuk mengambil bahagian saya? |
Jawapan : Sunnah bagi yang buat qurban makan dagingnya, tetapi tidak boleh (haram) makan kesemuanya. Kerana wajib disedekahkan sebahagian (sekalipun sedikit) daripada qurban sunnah itu. Tidak mengapa jika ia hendak sedekahkan semua daging itu. Tetapi yang afdhol ialah makan sedikit saja kerana mengambil barakah dengan qurban itu. Sesudah itu, yang afdhol ialah dimakan sepertiga dan yang baki (2/3) disedekahkan. Dan yang afdhol sesudah itu, ialah dimakan 1/3 daripadanya (atau dijadikan jamuan), disedekahkan 1/3 kepada orang-orang miskin (walaupun seorang sahaja), dan yang baki 1/3 dihadiahkan kepada keluarga dan jiran. Wallahua’lam. |
Soalan 4 : Bolehkah saya buat qurban untuk anak saya yang belum baligh atau belum mumayyiz? |
Jawapan : Harus bagi seorang bapa (atau waris) membuat qurban dengan hartanya sendiri bagi anaknya yang kecil yang masih hidup, tanpa izinnya. Tidak boleh melaksanakannya dengan harta anak yang kecil tadi. Wallahua’lam. |
Soalan 5: Apakah hukum seseorang membuat qurban untuk si mati? Adakah ianya boleh dibuat? Seperti berqurban bagi Rasulullah sallallahu álaihi wasallam. |
Jawapan : Tidak sah melakukan qurban bagi orang yang telah meninggal dunia tanpa wasiatnya. Yang dibolehkan ialah bagi seorang itu menyembelih seekor binatang sebagai qurban untuk dirinya, serta memberikan pahalanya kepada orang lain. Wallahua’lam. |
Soalan 6 : Sekira binatang yang ingin diqurbankan habis di dalam sebuah negara, bolehkah ditukar ke negara lain? |
Jawapan : Bergantung kepada si pembuat qurban, sekira dia ingin melakukannya atau tidak melakukannya. Maka akad perwakilan pada peringkat awal memainkan peranan yang penting bagi persetujuan si pembuat qurban. |
Soalan 7: Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih haiwan qurban bagi pihaknya? |
Jawapan: Hukum asal penyembelihan binatang qurban itu adalah sunnah dilakukan sendiri oleh orang yang berqurban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah lebih afdhol mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang qurbannya bagi pihak dirinya. Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil pada membeli na’am qurban di negeri yang lain dan pada menyembelihnya dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada negeri Makkah atau lainnya… Akan datang kenyataannya dan sayugianya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat qurban kepada wakil pada masalah ini.” |
Soalan 8 : Pada hari apa harus qurban dilakukan? |
Jawapan: Qurban mesti dilakukan pada hari kesepuluh, kesebelas dan kedua belas Dzulhijjah. Anda boleh memerintahkan qurban anda sebelum masa ini, tetapi qurban harus dilakukan pada hari yang betul. |
Soalan 9 : Adakah dibenarkan bagi orang yang ingin menawarkan qurban untuk memotong rambutnya atau kuku? |
Jawapan: "Apabila anda melihat bulan baru Dzulhijjah dan sesiapa yang ingin mempersembahkan qurban, hendaklah dia menahan (memotong) rambutnya dan kuku." - Diriwayatkan oleh Muslim. |
Soalan 10 : Adalah dibenarkan untuk melantik seseorang untuk menyembelih pengorbanan itu bagi pihak orang? |
Jawapan: Tidak ada salahnya memberi duit kepada seseorang untuk menyembelih binatang itu untuk anda, dengan syarat dia dapat dipercayai dan dia akan menyembelihnya pada hari-hari pengorbanan yang merupakan hari di at-tashreeq. |
Soalan 11 : Apakah perbezaan antara qurban dan sedekah? |
Jawapan: Qurban adalah satu ibadah yang kita lakukan di bulan Dzulhijjah oleh seorang yang berkemampuan, dan harus mematuhi syarat-syaratnya. Ia juga sunnah untuk mengikuti tata-tertib qurban seperti tidak menghilangkan rambut-rambut pada badannya dan tidak memotong kuku. Setiap ibadah qurban dilakukan atas 1 bahagian = 1 nama. e.g. 1 kambing = 1 nama. Bagi sedekah pula, ia boleh dilakukan bila-bila sahaja dan tidak ada syarat-syarat tertentu. Ia dikira jika 1 bahagian dimasukkan atas lebih dari 1 nama. e.g. 1 kambing = 2 atau lebih nama. |
Soalan 12: Sekira saya melanggar pantang larang jika seseorang ingin membuat qurban, adakah saya berdosa? Bagaimana cara dan masa untuk saya mengamalkan pantang larang ini? |
Jawapan : Disunnahkan bagi orang yang hendak melakukan qurban (termasuk mereka yang sudah niat untuk qurban sebelum bulan Dzulhijjah), untuk tidak menghilangkan rambut-rambut pada badannya dan tidak memotong kuku. (Iaitu tidak memotong dan mencukur rambutnya, janggutnya, termasuk misainya, bulu ketiak, bulu ari-ari dan lainnya.) Waktunya adalah apabila masuk sepuluh hari pertama dari bulan Dzulhijjah sehinggalah dia melakukan ibadah qurban tersebut. Sekira orang itu memotong juga, maka makruh hukumnya. Bukan haram. Oleh itu, dibolehkan untuk memotong rambut dan kuku jika ia boleh menganggu kesempurnaan wuduk dan lain-lain kewajipan. Hikmahnya adalah kerana Allah membebaskan dari setiap anggota binatang penyembelihan itu anggota si penyembelih, maka sebaiknya si penyembelih dalam keadaan anggota yang lengkap agar lebih banyak anggotanya dapat bebas dari api neraka. Wallahua’lam. |
Soalan 13: Bolehkah orang non-muslim diberikan daging qurban? |
Jawapan: Matlamat dan tujuan kita dianjurkan berqurban adalah jelas, antara lain mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang dikurniakan sepanjang tahun tersebut, dan memberikan orang lain sama-sama merasa nikmat Allah S.W.T, di samping merapatkan lagi ukhuwwah sesama umat. Oleh itu pemberian daging qurban kepada orang yang bukan Islam tidak bercanggah dengan mana-mana tujuan qurban itu dianjurkan, maka mengikut pandangan mazhab Hanbali adalah dibenarkan kita memberikan daging qurban sunnah sebagai hadiah kepada orang bukan Islam, tetapi daging qurban wajib tidak boleh kita berikan kepada orang bukan Islam. |
Soalan 14: Haruskah saya memakan daging qurban? |
Jawapan : Kebanyakan ulama berpendapat bahawa makan dari itu adalah mustahabb (digalakkan) tetapi tidak wajib |
Soalan 15: Adakah dibenarkan untuk memberi sebahagian besar atau semua daging qurban kepada amal? |
Jawapan: Sekiranya dia memberikan semuanya itu kepada amal, atau sebahagian besar daripadanya, itu dibenarkan. |
Soalan 16: Bilakah waktu bagi Aqiqah? |
Jawapan: Sunnah melakukan Aqiqah pada hari ke-7 dari hari kelahiran bayi tu. Melakukannya sebelum atau sesudah hari ke-7 adalah harus tetapi tidak boleh buat Aqiqah sebelum kelahiran bayi itu. Waktu Aqiqah adalah panjang dan tidak ada akhirnya. Justeru tidak luput waktu untuk melakukan Aqiqah selepas hari ke-7. Hanya sunnah jangan ditundakannya sehingga budak itu hampir menjadi baligh. Apabila tidak melakukannya sehingga baligh budak itu, maka tidak lagi menjadi sunnah atas ibu bapanya atau orang lain melakukannya. Hanya harus bagi budak itu sendiri melakukannya, dan boleh dilakukannya walau telah lanjut usianya. Wallahua’lam. |
Soalan 17: Di mana akan daging dari Australia yang selebihnya dihantar jika saya hanya mengambil sebahagian (1/3 atau 2/3) ? |
Jawapan: Akan diberikan kepada fakir miskin yang menetap di Singapura. |
Soalan 18: How are you getting funds and Qurban aids to the crisis area? |
Thank you for your enquiry. Aid and supplies are still getting in through, although it is challenging. We create awareness, run campaigns and provide platforms for donors to channel their Qurban contributions. Qurban that comes to us will be distributed to our various humanitarian partners because of their credible background, extensive network of field offices in those affected areas and their vast experience in humanitarian works. We will be transferring the financial aid for Qurban to our humanitarian partners who are currently active on the ground. Our partners on the ground will then convert it to Qurban livestocks, which can be quite costly in an unstable economic climate. Bank transfers are still happening although there may be some delays in accessing funds. By working with international relief agencies, through years of being on the ground, they have established networks and developed ways for Qurban aids to be delivered to the intended recipients. How they circumvent difficult situations depends on their intimate knowledge of the local ways, contacts and customs to circumvent these difficult situations to ensure aid is received. These few years working with them and having witnessed how they work in some areas and in the most difficult situations, we believed that they are very committed in their job and have a very high level of passion for humanitarian work. Through this collaboration, we develop deep trust that benefits everyone. It is not easy but with your support, everything will be well, insyaAllah |
Soalan 19: What are your organisation’s accountability and transparency measures? |
Thank you for your enquiry. As we are a faith based entity, our primary accountability is to Allah, the Almighty. We are accountable for our actions to our supporters, beneficiaries and the public at large within the prescribed rules, procedures and processes. We adhere to an accountability framework and seek to provide justice for all, promotion and awareness of the rights of people and treating them with the respect they deserve regardless of their faith or ethnic background, and accountability both for our own actions and those of our partners. We adhere to the humanitarian accountability measures outlined by industries standard. This means we ensure transparency through effective communication and are accountable to our beneficiaries and supporters. We provide a secure channel for Qurban contributions and its effective utilization through collaboration with reputable non-profit organizations. Giving through our organization will help keep us growing as a trusted window to humanity worldwide |
Soalan 20: How many kg is a portion (⅓) of an Australia Sheep? |
Answer: Usually, we will get 16kg in total for a whole (3/3) sheep. So a portion of it will be approximately 5.5kg. |
Soalan 21: When will the Qurban be performed? |
Answer: It will be done on the days of Tasyriq : 10,11,12,13 Dzulhijjah. |
Soalan 22: Since I’m doing Aqiqah for my daughter/son, can i cut her/his fingernails? Or i have to wait for the Aqiqah is done? |
Answer: You may cut your child’s fingernails as they are not performing Ibadah Qurban. |
Soalan 23: What is the difference between Most Urgent & Most Needed Qurban? |
Answer: They both cater to different needs of the country. Most Urgent would cater to the issue of lack in basic food supply while Most Needed would cater to rebuilding their structures and economy through Qurban |